IPOH: Sebuah syarikat pembinaan didenda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana gagal memastikan keselamatan di tempat kerja sehingga menyebabkan seorang pekerjanya ditimpa kemalangan pada tahun lepas.
Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan Seong Henng Engineering Works (M) Sdn Bhd, yang diwakili pengarah syarikatnya, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.
"Hakim telah menjatuhkan hukuman denda RM20,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut syarikat tersebut gagal memastikan setakat yang praktik berhubung keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja sehingga menyebabkan kemalangan yang menyaksikan seorang pekerjanya patah kaki kiri serta mendapat cuti sakit selama 29 hari.
Syarikat itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Menurut fakta kes, mangsa yang berusia 28 tahun cedera ketika memeriksa 'webbing sling' sebelum digunakan bagi aktiviti kerja mengangkat 'i-beam' di sebuah kilang di Tasek Corporation Berhad, Lot 5, Persiaran Tasek, Kawasan Perindustrian Tasek, Ipoh pada kira-kira 2.15 petang 15 Julai tahun lepas.
Di Mahkamah Sesyen Teluk Intan, sebuah syarikat pembuatan komponen automotif didenda RM10,000 susulan kemalangan yang menimpa seorang pekerjanya yang berusia 51 tahun pada 2020.
Menurut JKKP, PNA Technologies Sdn Bhd yang diwakili pengarah eksekutif syarikatnya mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.
"Kemalangan itu telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan iaitu putus satu ruas jari telunjuk tangan kiri dan mendapat cuti sakit selama 66 hari," menurut kenyataan itu.
Fakta kes menyebut bahawa mangsa cedera semasa aktiviti kerja pemotongan di sebuah bangunan pembuatan di Lot 4637, Kawasan Perusahaan Kampung Gajah, Simpang Ampat, Kampung Gajah pada kira-kira 10.30 pagi 13 Mei 2020.
Di mahkamah sama, sebuah syarikat pembuatan peralatan logam didenda RM6,000 kerana menyebabkan seorang pekerjanya yang berusia 41 tahun mengalami kecederaan pada jari telunjuk tangan kiri pada 20 Ogos 2020.
Rubysteel Metal Industry (M) Sdn Bhd, yang diwakili pengurus gudangnya, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Norita.
Menurut fakta kes, mangsa cedera ketika melakukan aktiviti kerja penebukan lubang pada penutup cerek menggunakan mesin penghimpit di Railway Wharf, Jalan Maharajalela di Teluk Intan pada kira-kira 4.20 petang 7 Ogos 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 19 2021
Syarikat Seong Henng Engineering Works didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Isu kesesakan CIQ BSI, KSAB perlu diselesai tanpa kompromi - Tunku Mahkota Ismail
Isu kesesakan yang dilaporkan berlaku di CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) perlu diselesaikan tanpa kompromi.
Pelaksanaan GST 2.0 untuk pulihkan pendapatan negara - Thian Lai
Beliau berkata demikian apabila ketika NEF 2024 dalam membentuk landasan ekonomi negara ke arah global.
PTG Selangor ganti plot tanah milik keluarga Amar Baharin
PTG Selangor mengesahkan terdapat kesilapan teknikal berhubung pengeluaran dua hak milik atas satu plot tanah milik keluarga pelakon Amar Baharin di Semenyih.
Kapal didakwa milik syarikat Israel sudah bertukar hak milik - Loke
Menteri Pengangkutan menjelaskan bahawa kapal didakwa milik syarikat Israel dan menggunakan pelabuhan di negara ini sudah bertukar hak milik.
Negeri Sembilan timbang insentif kewangan kepada syarikat tempatan terlibat pembangunan AI
Kerajaan Negeri Sembilan akan menimbangkan pemberian insentif kewangan kepada syarikat tempatan yang terlibat dalam pembangunan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).
[TERKINI] OPR kekal pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari membuat kepuitusan untuk kekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Faisal Halim memasuki fasa rawatan baharu
Proses pemulihan lecur tahap empat dialami Faisal Halim, yang cedera disimbah asid kini memasuki fasa baharu iaitu rawatan rekonstruktif.
Sebuah kereta rosak teruk akibat puting beliung di Tennessee
Sebuah rakaman video pada Rabu mendedahkan sebuah kereta mengalami kerosakan teruk selepas puting beliung yang dahsyat melanda lebuhraya Interstate 65 di Columbia, Tennessee.
Nashville dan beberapa kawasan tengah Tennessee turut bersiap sedia menghadapi ribut petir yang lebih teruk berbanding Rabu hingga awal Khamis.
Nashville dan beberapa kawasan tengah Tennessee turut bersiap sedia menghadapi ribut petir yang lebih teruk berbanding Rabu hingga awal Khamis.
Kerajaan tumpu usaha selesai isu air tidak terhasil - Fadillah
Kerajaan sedang memberi tumpuan terhadap usaha menyelesaikan isu kadar air tidak terhasil (NRW) di seluruh negara yang menyebabkan kerugian lebih RM2 bilion setahun.
Bekas Perdana Menteri Fiji di penjara setahun
Bekas Perdana Menteri Fiji paling lama berkhidmat, Frank Bainimarama dijatuhi hukuman penjara setahun selepas didapati menggunakan pengaruh politiknya untuk menutup siasatan polis.
Bainimarama pada mulanya dibebaskan daripada penjara dalam kes itu semasa dijatuhkan hukuman bulan lepas, sebelum rayuan dibuat pengarah negara untuk pendakwaan awam.
Bainimarama pada mulanya dibebaskan daripada penjara dalam kes itu semasa dijatuhkan hukuman bulan lepas, sebelum rayuan dibuat pengarah negara untuk pendakwaan awam.
Serangan ke atas pemain bola sepak: Polis diminta pertingkat kawalan keselamatan
Polis diminta pertingkat tahap kawalan keselamatan bukan sahaja kepada tiga insiden yang telah berlaku, malah kepada semua yang terlibat.
PM Anwar gesa respons bersama secara global semasa dunia berdepan landskap perpecahan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru tindak balas bersepadu secara global ditampilkan semasa dunia berhadapan dengan landskap global yang semakin berpecah-belah.
Pengamal media rayu campur tangan antarabangsa lindungi wartawan di zon konflik
Lebih 200 wartawan maut di Gaza, Palestin sejak Oktober 2023 tetapi tidak ada tindakan diambil terhadap pelakunya.
Isu gandar: JPJ umum 600 unit Chery Omoda 5 dipanggil semula
Langkah itu bagi menyiasat dan mendapatkan maklumat lanjut demi memastikan keselamatan pemilik kenderaan serta pengguna jalan raya.
Mindef sedia hantar ATM ke Asia Barat bantu urus keselamatan pelajar Malaysia - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata ATM sentiasa bersiap siaga jika bantuannya diperlukan.
PM Thailand bimbang peningkatan pertempuran berhampiran sempadan dengan Myanmar
Srettha berkata beliau memantau rapi keadaan itu, dan komited untuk memastikan keselamatan rakyat Thailand.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Industri perbankan bekerjasama dengan pengawal selia, agensi untuk tingkatkan keselamatan pelanggan
Industri perbankan berusaha meningkatkan langkah keselamatan mengikut modus operandi penipuan terkini.
Sistem PADU selamat lindungi data pengguna - CSM
Keselamatan sistem PADU juga dipantau secara berterusan oleh agensi kerajaan yang kompeten dan bertauliah.
Had laju beberapa jalan dalam tapak warisan George Town dikurangkan kepada 40km/j
Kebanyakan jalan di tapak warisan sempit selain kenderaan sering dipandu laju terutamanya motosikal dan ia membahayakan orang awam.